Covid-19: Labuan sekali lagi rekodkan sifar kes, jumlah kes baharu seluruh negara 19,631

0
9
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kes baharu jangkitan Covid-19 terus kekal pada angka melebihi 19,000 kes hari ini di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 19,631 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif adalah 1,444,270 kes.

Beliau berkata, Selangor terus merekodkan jumlah tertinggi dengan 5,753 kes diikuti Sabah (2,103), Kedah (1,863) dan Kuala Lumpur (1,765).

Dalam pada itu, katanya, Labuan sekali lagi merekodkan sifar kes hari ini seperti dilaporkan pada 14 Ogos lalu.

Berikut adalah pecahan kes baharu setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 5,753 (524,113)
Kuala Lumpur – 1,765 (157,624)
Johor – 1,309 (113,664)
Sabah – 2,103 (108,933)
Sarawak – 835 (89,407)
Negeri Sembilan – 490 (85,702)
Kedah – 1,863 (72,087)
Pulau Pinang – 1,275 (62,837)
Kelantan – 1,268 (59,611)
Perak – 1,101 (52,621)
Melaka – 623 (41,270)
Pahang – 670 (35,090)
Terengganu – 498 (25,502)
Labuan – 0 (9,745)
Putrajaya – 41 (4,965)
Perlis – 37 (1,099)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here