Covid-19 menular semula di China, ratusan ribu penduduk lalui lockdown

0
136
Pihak berkuasa China kini giat melaksanakan ujian saringan selepas penularan Covid-19 di beberapa wilayah negara itu.

WUHAN – Wilayah ini semalam merekodkan tujuh kes baharu Covid-19 selepas lebih setahun bebas daripada penularan Covid-19.

Jumlah kes yang dikesan di pusat penularan wabak maut itu merupakan sebahagian daripada 300 kes baharu yang dikesan di China dalam tempoh 10 hari lalu.

Selain Wuhan, 14 lagi wilayah di negara itu merekodkan penularan baharu Covid-19 yang menyaksikan pelaksanaan lockdown dan ujian saringan secara besar-besaran.

Pegawai Kanan Wuhan, Li Tao pada sidang media hari ini berkata, tujuh jangkitan tempatan itu dikesan dalam kalangan pekerja warga asing di bandar itu.

Penularan terbaharu itu dikaitkan dengan varian lebih berbahaya iaitu Varian Delta yang merebak dalam sektor pelancongan domestik.

Terbaharu, kerajaan China melaksanakan ujian saringan Covid-10 kepada 9.2 juta di Nanjing dan perintah berkurung kepada lebih ratusan ribu penduduknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here