Covid-19 menurun dengan 20,579 kes baharu

0
14
Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Sebanyak 20,579 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini berbanding 22,597 kes semalam menjadikan kumulatif kes positif di negara ini berjumlah 1,706,089.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Twitter berkata, Selangor merekodkan sebanyak 4,591 kes, diikuti oleh Sabah sebanyak 2,578 kes dan Sarawak sebanyak 2,522 kes.

“Seterusnya, Johor (1,852 kes), Kedah (1,755 kes), Pulau Pinang (1,378 kes), Kelantan (1,316 kes), Perak (1,208 kes), Pahang (839 kes), Terengganu (789 kes), Kuala Lumpur (680 kes), Melaka (636 kes) dan Negeri Sembilan (329 kes).

“Perlis (56 kes), Putrajaya (48 kes) dan Labuan (dua kes),” katanya.

Perkembangan berkaitan kes baharu jangkitan Covid-19 itu dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Twitternya sebentar tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here