Covid-19 ragut lebih 4 juta nyawa di seluruh dunia

0
11

LONDON – Gelombang penularan Covid-19 di seluruh dunia telah menyebabkan sebanyak 4,227,765 individu kehilangan nyawa sejak ia mula dikesan di China pada Disember 2019.

Jumlah kes kumulatif yang dicatatkan di seluruh dunia setakat ini pula adalah sebanyak 198,247,050 kes, kata AFP hari ini.

Angka ini merupakan kompilasi laporan rasmi yang diumumkan oleh semua negara, termasuk data yang disemak semula oleh badan statistik bertauliah.

Walau bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) menjangkakan, angka kematian akibat pandemik itu adalah dua atau tiga kali lebih tinggi daripada yang dilaporkan, berikutan banyak kes kematian yang berkait dengan Covid-19 tidak dimasukkan ke dalam dilaporkan.

Semalam, sebanyak 7,236 kes kematian, dan 455,312 kes baharu dilaporkan di seluruh dunia.

Angka kematian berbanding jumlah kes mengikut zon dunia:

Amerika Latin dan Caribbean – 1,375,285 kematian (Jumlah kes 40,901,761)
Eropah – 1,203,546 kematian (Jumlah kes 58,536,165)
Asia – 675,820 kematian (Jumlah kes 44,999,056)
AS dan Kanada – 639,828 kematian (Jumlah kes 36,434,778)
Afrika – 170,998 kematian (Jumlah kes 6,746,432)
Timur Tengah – 160,907 kematian (Jumlah kes 10,543,800)
Oceania – 1,381 kematian (Jumlah kes 85,064).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here