Covid-19: Sebanyak 19,740 kes direkodkan hari ini

0
12

Gambar hiasan

CYBERJAYA – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini sedikit menurun berbanding semalam dengan 19,740 kes dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor terus merekodkan kes tertinggi dengan 5,706 kes diikuti Sabah (1,728), Kedah (1,592) dan Sarawak (1,728).

Berikut adalah pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 5,706 (518,360)
Kuala Lumpur – 1,360 (155,859)
Johor – 1,510 (112,355)
Sabah – 1,728 (106,830)
Sarawak – 1,566 (88,572)
Negeri Sembilan – 343 (85,212)
Kedah – 1,592 (70,224)
Pulau Pinang – 1,251 (61,562)
Kelantan – 1,227 (58,343)
Perak – 938 (51,520)
Melaka – 1,120 (40,647)
Pahang – 646 (34,420)
Terengganu – 688 (25,004)
Labuan – 2 (9,745)
Putrajaya – 43 (4,924)
Perlis – 20 (1,062)

Semalam sebanyak 20,546 kes baharu direkodkan sekali gus menjadikan kes aktif adalah sebanyak 247,261 kes.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here