Cucu Tokku Paloh meninggal dunia

0
113
Tuan Lok Lok Syed Saggaf meninggal dunia pada usia 103 tahun.

KUALA TERENGGANU – Cucu kepada ulama tersohor Terengganu, Allahyarham TokKu Paloh, Tuan Lok Lok Syed Saggaf meninggal dunia di kediamannya di Kampung Gong Kapas, di sini hari ini.

Anak kepada sepupu arwah, Datuk Syed Anuar Syed Mohamad berkata, generasi ketiga Tokku Paloh itu yang kini berusia 103 tahun menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.35 pagi akibat sakit tua.

“Allahyarhamah merupakan cucu tertua almarhum Tokku Paloh.

Walaupun usianya sudah lebih 100 tahun tapi arwah masih dapat mengingati dan membaca al-Quran dengan baik.

“Arwah tidak ada apa-apa penyakit, cuma sakit tua dan jenazah arwah akan disemadikan di kawasan perkuburan Makam Tokku Paloh pada petang nanti,” katanya memetik laporan Sinar Harian hari ini.

Almarhum Tokku Paloh atau nama sebenarnya Sayid Abdul Rahman Muhammad al-Idrus merupakan seorang ulama ketika era pemerintahan Sultan Zainal Abidin III dan juga pejuang kemerdekaan kebangsaan.

Tokku Paloh lahir pada tahun 1817 dan meninggal dunia pada September 1917.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here