Dakwaan Pejuang sokong PN, Azmin Ali mahu sertai Pejuang palsu

0
419

Mesej yang tular di media sosial kononnya terdapat rundingan daripada kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyertai bersatu

CYBERJAYA – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menafikan memberikan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) seperti yang tersebar melalui sebuah kenyataan media sebentar tadi.

Menurut Pejuang dalam satu kenyataan, surat itu yang kononnya dikeluarkan atas nama Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah palsu.

Pada masa sama, parti itu turut menafikan mesej yang tular bahawa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan membawa sekumpulan ahli Parlimen Bersatu untuk menyertai Pejuang.

“Kedua dua ini adalah daripada pihak tidak bertanggungjawab. Semua laporan dikeluarkan secara rasmi melalui laman rasmi Pejuang sahaja,” katanya hari ini.

Surat palsu yang tular kononnya Pejuang akan menyertai PN

Terdahulu tular satu surat yang kononnya Pejuang akan memberikan sokongan kepada PN selepas 12 ahli Parlimen daripada UMNO bertindak menarik semula sokongan kepada PN dan Perdana Menteri.

Menurut surat tersebut, keputusan itu diambil selepas ketiadaan ahli Parlimen UMNO yang terpalit ddengan rasuah dalam kerajaan PN.

Sementara itu, lewat petang tadi, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu menarik semula sokongan terhadap PN dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana didakwa mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong supaya Ordinan Darurat dibahaskan dan diungkaikan sebelum 1 Ogos lalu.

Menurut Ahmad Zahid lagi, UMNO juga telah mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong angka yang mencukupi bagi menzahirkan penarikan diri daripada menyokong PN dan Perdana Menteri.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here