Dakwaan rakyat Malaysia ditahan Taliban kini disiasat

0
56
Acryl Sani Abdullah Sani

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mendapatkan kerjasama dengan agensi keselamatan luar bagi bagi menyiasat dakwaan dua rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Taliban di Afghanistan.

Ketua Polis Negara Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, berita mengenai dua rakyat negara ini yang dikatakan terlibat dalam kumpulan militan Islamic State (IS) di negara itu sudah sampai kepada pengetahuan pihaknya.

Bagaimanapun katanya, setakat ini, PDRM tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung penglibatan rakyat Malaysia dengan aktiviti IS di Afghanistan.

“Bagaimanapun, PDRM sudah mengemukakan permohonan kepada agensi-agensi keselamatan luar negara bagi mengesahkan laporan serta dakwaan berkenaan.

“Siasatan juga sedang dijalankan berhubung kemungkinan berita yang dilaporkan itu membabitkan pejuang IS warganegara Malaysia yang sudah sedia ada berada di luar negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan pihak berkuasa Taliban menahan enam individu termasuk dua rakyat Malaysia yang dikaitkan sebagai pejuang IS dalam pertempuran bersenjata di Kabul, Afghanistan, Khamis lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here