Dhabitah tempat ke-4, terlepas kedudukan pingat

0
221
NUR DHABITAH SABRI

TOKYO – Penerjun negara Nur Dhabitah Sabri berjaya mempamerkan aksi cemerlang dalam acara akhir terjun 3 meter (m) papan anjal sebentar tadi.

Dalam pertandingan yang diadakan di Pusat Akuatik Tokyo itu tadi, Dhabitah menamatkan saingan dengan berada di tempat ke-4 keseluruhan.

Tamat 5 pusingan terjunan, Dhabitah, yang beraksi di temasya Olimpik keduanya selepas kali pertama muncul di Rio 2016, mengumpul sebanyak 326.15 mata.

Pingat emas acara dimenangi oleh penerjun China, Shi Tingmao yang mengumpul 383.50 mata.

Untuk rekod, Tingmao merupakan juara bertahan acara berkenaan.

Pingat perak dimenangi oleh seorang lagi penerjun China, Wang Han dengan 348.75 mata, manakala pingat gangsa diraih oleh penerjun Amerika Syarikat, Krysta Palmer yang mengumpul 343.75 mata.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here