Dos ketiga Pfizer turunkan risiko jangkitan serius – Israel

0
285

TEL AVIV – Pemberian dos ketiga vaksin Pfizer didapati mampu meningkatkan kadar perlindungan daripada Covid-19 dan menghalang terjadinya jangkitan yang lebih serius dalam kalangan individu di atas 60 tahun.

Menurut The Guardian, dapatan itu terkanding dalam laporan yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Israel, semalam.

Difahamkan, laporan itu sudah dibentangkan di hadapan panel vaksin kementerian pada Khamis lepas, sebelum dimuat naik.

Walau bagaimanapun, laporan itu tidak menjelaskan dengan penuh mengenai kajian yang dilaksanakan.

Dapatan itu didapati selari dengan satu laporan yang diterbitkan oleh satu pengendali program vaksin di negara tersebut, Maccabi, pada minggu lepas.

Israel merupakan antara negara terawal di dunia yang mengedarkan suntikan ketiga dos vaksin kepada rakyatnya, bagi meningkatkan daya tahan badan terhadap penularan varian Delta.

Untuk rekod, Israel hanya menggunakan vaksin Pfizer dalam program pemberian vaksin negaranya.

Buat masa ini, golongan berumur di atas 50 tahun hanya perlu hadir ke pusat vaksin bagi menerima suntikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here