Dr Mahathir gesa isytihar darurat untuk lawan Covid-19

0
1005
Dr Mahathir

CYERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa supaya darurat diisytiharkan bagi mengawal wabak Covid-19.

Beliau berkata, situasi sekarang yang semakin serius memerlukan tindakan segera dan pendekatan berbeza.

“Percayalah wabak ini tidak mudah dikawal. Ia tidak akan pergi dengan sendirinya. Di waktu ini keadaan sudah jadi amat serius. Ia boleh jadi lebih serius dalam masa yang terdekat.

“Kita perlu bertindak sekarang ini juga. Janganlah utama politik dan undang-undang pun.

“Sebenarnya inilah masa isytihar darurat kerana tindakan luar biasa perlu diambil. Kita tidak boleh tunggu kerajaan disusun sebelum bertindak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, jika badan yang mereka cadang diletak di bawah kerajaan, politik akan mengganggu tindakan mereka.

Berikutan itu, katanya, adalah lebih baik jika mereka dilantik dan diletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Saya khuatir wabak ini akan melanda negara dan ratusan yang akan meninggal dunia. Ekonomi tidak boleh pulih dan penderitaan orang ramai akan meningkat,” katanya.

Hari ini negara merekodkan kes Covid-19 tertinggi dengan melebihi 23,000 kes.

Malah lebih membimbangkan apabila Sabah dan Sarawak turut merekodkan kes melebih 2,000 selepas beberapa sektor dibuka termasuk membenarkan dine-in di restoran sejak beberapa minggu lalu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here