Dr Mahathir kecewa dengan barisan Kabinet baharu

0
185
Tun Dr Mahathir Mohamad

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan perasaan kecewa dengan barisan jemaah Kabinet baharu yang dibentuk di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, barisan menteri yang dilantik menyamai era pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tidak membuktikan sebarang pencapaian semasa di dalam kerajaan sebelum ini.

“Saya dapati bahawa tidak banyak perbezaan daripada Kabinet Muhyiddin, orang yang sama dilantik walaupun mereka masa dengan Muhyiddin yang tidak menunjukkan kejayaan tetapi orang yang tidak berjaya ini, dilantik semula.

“Malah, ada tambah pula orang-orang yang macam Datuk Seri Shahidan Kassim dan yang lain, mereka itu cakap bolehlah.

“Tetapi kalau ingin buat kerja, saya dapati bahawa tiada tekanan berkenaan dengan bagaimana untuk mengurangkan kes-kes Covid-19 ini,” katanya memetik laporan Astro AWANI hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas pembentukan Kabinet baharu seperti diumumkan Perdana Menteri pada pagi tadi.

Dalam pada itu, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu turut mendakwa, mereka yang dilantik menyertai jemaah Kabinet seolah-olah tidak mempunyai fokus dalam memikirkan kes harian yang semakin bertambah, sebaliknya hanya bercakap mengenai politik.

“Kes harian Covid-19 ini makin bertambah, tetapi mereka pula sibuk bercakap pasal politik, pasal kena ada kerjasama kononnnya dengan parti lawan dan macam-macam.

“Semuanya political, berkenaan dengan masalah rakyat, menderita mati begitu ramai tidak nampak satu pun tindakan diambil atau pun diberi perhatian.

“Jadi, saya kecewa dengan keadaan ini kerana tiada perubahan daripada di bawah Muhyiddin dahulu, sama sahaja,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here