Dr. Noor Hisham ucap takziah buat keluarga Siti Sarah

0
107
Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengucapkan takziah kepada keluarga penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin, 36, yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pagi tadi.

Menerusi status dimuat naik di Facebooknya, Dr Noor Hisham Abdullah turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga rakyat Malaysia yang terkorban akibat Covid-19.

“Takziah kepada keluarga Siti Sarah Raissuddin dan kepada semua ahli keluarga rakyat Malaysia yang telah terkorban oleh Covid-19,” katanya hari ini.

Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.

Allahyarhamah kemudian ‘ditidurkan’ untuk proses pembedahan melahirkan anak dalam kandungan yang berusia tujuh bulan.

Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Petang Rabu lalu, Siti Sarah terpaksa dikejarkan ke HUKM berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here