Dron AS musnahkan bom kereta, kanak-kanak turut jadi mangsa

0
473
Lokasi serangan dron AS di Kabul yang turut mengorbankan beberapa kanak-kanak, awal pagi tadi.

KABUL – Beberapa orang kanak-kanak dilaporkan turut terbunuh dalam serangan dron terbaharu tentera Amerika Syarikat (AS) di Kabul, awal pagi tadi.

Menurut agensi Xinhua, serangan yang dipercayai menyasarkan sebuah kenderaan yang membawa bom bunuh diri itu, berlaku di kawasan yang padat dengan penduduk.

Menurut portal al-Jazeera, sebanyak 6 orang terkorban dalam kejadian, termasuk sekurang-kurangnya 3 kanak-kanak.

Serangan tersebut berlaku ketika pihak tentera AS sedang berada dalam fasa terakhir untuk berundur sepenuhnya dari negara itu.

Sementara itu, menurut Reuters, serangan itu merupakan serangan kedua dilancarkan oleh pihak AS setelah kejadian pengeboman di luar lapangan terbang Kabul oleh kumpulan pengganas ISIS-K yang membunuh lebih 100 mangsa termasuk 13 anggota tentera AS.

Pihak tentera AS dalam satu kenyataan ringkas berkata, serangan tersebut dilancarkan oleh sebuah dron, dan kewujudan letupan susulan menunjukkan bahawa kenderaan tersebut sedang membawa bahan letupan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here