Dua kes keracunan akibat pengambilan Ivermectin

0
248
Ivermectin

CYBERJAYA – Pusat Racun Negara menerima dua laporan berhubung keracunan akibat penggunaan Ivermectin di negara ini.

Kementerian Kesihatan berkata, kes pertama melibatkan pengguna berumur 35 tahun yang mengambil 1 biji Ivermectin.

Katanya, pengguna terbabit mengalami gejala sesak nafas yang berpanjangan selama lima hari selepas pengambilan.

Kes kedua pula katanya, melibatkan seorang warga emas dijumpai tidak sedarkan diri selepas dikatakan mengambil 15 biji Ivermectin sekaligus.

“Setakat ini, Ivermectin belum lagi diluluskan penggunaannya sebagai rawatan atau pencegahan jangkitan Covid-19 di Malaysia.

“Namun, didapati terdapat aktiviti penjualan ubat ini secara tidak sah sedang berlaku. Pengambilan Ivermectin tanpa kajian mendalam dan dos yang tidak betul boleh mengakibatkan keracunan.

“Ivermectin boleh menyebabkan kesan mudarat seperti muntah, cirit, sakit perut, dan pening,” kata KKM dalam kenyataannya hari ini.

Menurut KKM, kesan yang teruk akibat pengambilan Ivermectin pula adalah tekanan darah rendah, sesak nafas, kerosakan paru-paru, dan kematian. 

Malang katanya, tiada antidot atau rawatan spesifik untuk kes keracunan ini. 

“Oleh itu, elakkanlah pengambilan Ivermectin untuk rawatan kendiri,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here