Dua pemenang, dua pingat emas dalam acara lompat tinggi lelaki

0
298
Aksi Barshim (kiri) dan Tamberi (kanan) selepas berjaya melakukan lompatan mereka, hari ini.

TOKYO – Acara lompat tinggi temasya Olimpik 2020 menyaksikan dua pingat emas dihadiahkan apabila dua peserta terakhir terikat pada lompatan ketinggian yang sama.

Kedua-dua peserta itu, Mutaz Essa Barshim dari Qatar, dan Gianmarco Tamberi dari Itali terikat pada lompatan 2.37 meter (m).

Barshim dan Tamberi gagal melepasi ketinggian 2.39m dalam tiga cubaan, namun berjaya melepasi kesemua ketinggian dalam pusingan sebelumnya.

Pada awalnya, pegawai pertandingan mencadangkan diadakan pusingan ‘jump-off’ bagi menentukan pemenang, namun Barshim dengan bersahaja berkata, “Boleh ada dua pingat emas?”

Menurut Reuters, pegawai tersebut menganggukkan kepala menyebabkan kedua-dua atlet tersebut terus bersalaman dan menjerit kegembiraan.

Atlet Belarus, Maksim Nedasekau menggondol pingat gangsa acara tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here