Ebit Liew setuju beri kerjasama penuh kepada polis

0
305
Ebit Lew

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Ebit Lew yang hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini mengaku akan memberi kerjasama kepada pihak polis berhubung siasatan kes gangguan seksual terhadapnya.

Beliau berkata, kehadirannya di ibu pejabat polis pada pagi ini adalah untuk memberi kerjasama dan menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak polis.

“Saya hadir pagi ini untuk memberi keterangan dan kerjasama kepada pihak polis terhadap fitnah dan tuduhan melampau ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ebit Liew yang ditemani peguamnya, Datuk Hasnal Rezua Merican meninggalkan ibu pejabat polis itu kira-kira pukul 2 petang selepas tiba pada pukul 8.59 pagi ini menaiki pacuan empat roda.

Media hari ini juga dimaklumkan bahawa pendakwah terkenal itu akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara tersebut.

Media semalam melaporkan seorang ustaz yang juga penceramah popular dipanggil untuk memberi keterangan berhubung laporan kes gangguan seksual.

Siasatan kes itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here