Emas memang sudah dalam genggaman kita, tapi…

0
362
Shah Firdaus Sahrom (kiri) bersama rakan sepasukan, Datuk Azizulhasni Awang.

TOKYO – Jagut trek negara, Shah Firdaus Sahrom menyifatkan harapan pingat emas Sukan Olimpik 2020 dalam acara Keirin sudah berada di dalam genggaman Datuk Azizulhasni Awang namun terpaksa bersyukur di tempat kedua selepas ‘masalah’ yang dicetuskan pelumba Australia dalam acara terdahulu.

Shah Firdaus berkata, sekiranya perlumbaan berjalan lancar dan tidak terganggu oleh pelumba Australia, beliau yakin kilauan emas sudah pasti berada di tangan Azizulhasni.

“Saya sebak kerana pingat emas acara Keirin lelaki memang dalam genggaman.

“Kita terlepas peluang itu sebab ada kesilapan sebelum acara final apabila Australia memberi terlalu banyak ‘gap’ kepada Jason Kenny yang merencatkan Azizul punya ‘pecutan’

“Saya rasa kalau semunya stay cantik, memang gold medal kita punya. Sedih sangat sebab kita tahu kita boleh buat, kita boleh grab gold medal tapi ini sahaja rezeki kita, kita bersyukur,” katanya selepas perlumbaan akhir acara Keirin di Velodrom Izu, pagi ini.

Dalam perlumbaan itu, jaguh trek negara, Azizulhasni Awang menduduki tempat kedua selepas tewas kepada pesaing dari Great Britain, Jason Kenny manakala juara dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen meraih gangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here