
TOKYO – Kontinjen negara masih mengemukakan rayuan terhadap pembatalan pingat emas yang dimenangi oleh atlet lompat peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli sebentar tadi.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan bersama Chef De Mission (CDM) Malaysia berada di lokasi berkenaan untuk mengemukakan protes.
“Protes Ukraine terhadap tiga negara amat lemah. Ketiga-tiga negara sedang protes. Doakan,” tulisnya dalam satu hantaran dalam laman Facebook miliknya sebentar tadi.

Menurut Ahmad Faizal, selain Malaysia turut melakukan bantahan adalan kontinjen dari Ecuador dan Australia.
Terdahulu Ziyad terdahulu merangkul pingat emas apabila lontarannya sejauh 17.94 meter (m) pada percubaan ketiganya.
Bagaimanapun selepas tamat acara, kontinjen dari Ukraine membuat bantahan terhadap kemenangan Ziyad itu.
Mereka mendakwa bahawa Ziyad lewat tiba di ‘call room’.
Selain Ziyad, dua lagi atlet yang turut dikatakan lewat iaitu Jordi Patricio Congo Vilalba dari Ecuador, dan Todd Hodges dari Australia.-MT