Facebook senaraikan Taliban sebagai kumpulan pengganas, sekat segala mesej hantaran

0
403
Kumpulan pejuang Taliban mengumumkan berjaya menawan Afghanistan selepas memasuki Istana Presiden semalam

KABUL – Facebook menyekat Taliban daripada menggunakan platform media sosial itu menyampaikan mesej kerana disifatkan sebagai kumpulan pengganas.

Menurut Facebook, bertahun-tahun lamanya Taliban telah menggunakan laman sosial itu untuk menyampaikan mesej.

Katanya, bagi menyekat mesej daripada kumpulan itu terus tersebar pihaknya telah mengerahkan satu kumpulan pakar untuk memantau dan membuang kandungan yang berkaitan dengan Taliban.

“Taliban adalah kumpulan pengganas di bawah undang-undang Amerika Syarikat (AS) dan susulan itu kami telah menyekat segala mesej oleh Talibam di bawah polisi organisasi berbahaya.

“Ini bermakna Facebook akan menyekat semua akaun melibatkan Taliban atau proksi mereka,” kata seorang jurucakap kepada agensi media BBC.

Semalam Taliban mengumumkan telah berjaya menawan Afghanistan selepas lebih 20 tahun berjuang untuk merampas semula tampuk pemerintahan susulan campur tangan AS.

Bagaimanapun, kemunculan semula Taliban menyebabkan situasi panik berlaku di negara itu apabila ribuan penduduk cuba melarikan diri hingga ada yang terbunuh.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here