FDA Filipina luluskan penggunaan vaksin Sputnik Light

0
31
Vaksin Covid-19 Sputnik Light keluaran Rusia.

MANILA – Pihak Pentadbiran Makanan dan Ubatan Filipina (FDA) hari ini meluluskan vaksin Covid-19, Sputnik Light bagi tujuan kecemasan.

Vaksin Sputnik Light dihasilkan oleh firma Gamaleya Institute yang berpusat di Rusia.

Kata Reuters, kelulusan itu membuka ruang bagi negara itu untuk membuat pesanan segera yang dianggarkan berjumlah kira-kira 10 juta dos.

Kelulusan itu diumumkan oleh Carlito Galvez, seorang bekas jeneral yang mengetuai program perolehan vaksin kebangsaan Filipina.

Untuk rekod, Filipina menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memberi kelulusan kepada vaksin satu dos itu.

Buat masa ini, program pemberian vaksin di negara itu masih agak perlahan, dengan hanya 17.26 juta daripada 110 juta rakyat negara itu sudah divaksin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here