Filipina kesan kes Covid-19 disebabkan varian Lambda

0
96

MANILA – Kementerian Kesihatan (DOH) mengesan jangkitan Covid-19 yang disebabkan oleh varian Lambda di Filipina.

Kes tersebut dikesan melibatkan seorang wanita berusia 35 tahun, kata portal Rappler, semalam.

Wanita itu, walaupun disahkan positif Covid-19, tidak menunjukkan sebarang simptom dan diklasifikasikan sebagai sudah pulih setelah menjalani pengasingan selama 10 hari.

Buat masa ini, pihak DOH sedang mengenal pasti sama ada wanita itu pernah mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara atau tidak, dan pada masa yang sama, melakukan penjejakan kontak dan sejarah pergerakan wanita itu.

Varian Lambda yang berasal dari Peru, dikelaskan sebagai variant of concern oleh Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) pada 14 Jun.

Varian itu dipercayai lebih merbahaya daripada varian Delta yang mempunyai daya penularan yang lebih pantas daripada varian lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here