“Fokus kita acara keirin, bukan pecut” – Beasley

0
113
Beasley (kanan) bersama Azizulhasni

TOKYO – Acara pecut bukanlah keutamaan bagi pelumba basikal negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Mohd. Shah Firdaus Sahrom, tetapi hanya sebagai medan persiapan bagi menghadapi acara keirin yang akan datang.

Menurut ketua jurulatih berbasikal negara, John Beasley, acara pecut dianggap sebagai medan persediaan berikutan kelebihan yang dimiliki oleh pihak lawan.

“Berdasarkan undang-undang sekarang, acara pecut lebih memberi keutamaan pada lawan yang memiliki saiz fizikal yang lebih besar.

Beliau menjelaskan, keadaan basikal yang kini menggunakan gear yang lebih besar, menyebabkan lawan yang bersaiz besar dan lebih berat mempunyai kelebihan untuk memecut dengan lebih baik daripada lawan bersaiz kecil.

“Bagi acara keirin, ia tidak terlalu bergantung kepada pecutan semata-mata.

“Ia memerlukan percaturan taktikal, di samping kelajuan dan kekuatan. Di sinilah kekuatan dimiliki (pelumba) Malaysia,” kata Beasley lagi.

Beasley berkata, beliau tidak kisah apa sahaja keputusan yang dicapai oleh anak buahnya dalam acara pecut, kerana tumpuan utama memburu kilauan emas di Sukan Olimpik Tokyo adalah dalam acara keirin yang dijadual bermula di Velodrom Izu Tokyo, Sabtu ini.

“Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya begitu berbangga dengan anak buah saya, tidak kira apapun keputusan hari ini, keirin adalah acara yang kami ke Tokyo untuk memenanginya.

Kedua-dua pelumba negara tersingkir daripada acara pecut setelah tewas pada perlumbaan repechages pusingan ketiga, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here