Gambar bayi ditularkan bukan anak Allahyarham Siti Sarah

0
57

CYBERJAYA – Pengurus Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan gambar bayi yang didakwa sebagai anak ke empat Allahyarham yang dilahirkan melalui pembedahan pada Jumaat lalu.

Nana Mohamad Rom dalam satu kenyataan menafikan gambar yang memaparkan wajah bayi itu anak kepada pasangan Siti Sarah dan Shuib.

“Itu bukan wajah anak keempat Shuib yang diberi nama Ayash Affan kerana bayi masih dalam inkubator dan belum berpeluang pulang ke rumah.

“Saya mohon orang ramai untuk berhenti sebarkan foto itu. Tolong jaga sensitiviti keluarga Shuib ketika ini,” katanya.

Sebaliknya Nana meminta orang ramai bersabah dan mendoakan Allahyarham yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak, Selangor tengahari ini.

Katanya, dia yakin gambar anak yang dilahirkan dalam keadaan pra matang (7 bulan) itu akan dikongsikan oleh Shuib selepas semua urusan jenazah selesai dan keadaan mula tenang.

“Saya yakin Shuib pasti akan kongsikan foto anak keempatnya nanti, cuma sekarang bukan waktu yang sesuai.

“Beri dia ruang untuk selesaikan urusan pengebumian ini. Insya-Allah dia akan kongsikan foto anaknya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here