Gempa bumi di Sumatera turut dirasai di Lembah Klang

0
101

Jabatan Meteorologi

CYBERJAYA – Satu kejadian gempa bumi sederhana bermagnitud 5.6 pada skala Richter dikesan berlaku di utara Sumatera, Indonesia pada pukul 1.19 tengah hari tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, gempa terbabit berlaku pada kedudukan 18 kilometer (km) tenggara dari Padang Sidempuan, Indonesia pada kedalaman 19km.

Katanya, gegaran gempa bumi sederhana itu turut boleh dirasai sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, katanya, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here