Guru jangan terpengaruh dengan golongan antivaksin- Sultan Johor

0
31
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar

CYBERJAYA – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, bertitah kakitangan awam termasuk golongan guru perlu memahami betapa pentingnya pengambil vaksin untuk melindungi diri, keluarga dan masyarakat.

Titah baginda, pengambilan vaksin adalah penting dan perlu dipertingkatkan bagi mencapai sasaran imuniti kelompok di negara ini, seterusnya berupaya membendung penularan jangkitan Covid-19

“Guru-guru patut jadi contoh dan melindungi anak murid, bukannya membahayakan mereka, apatah lagi sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi. Saya dan keluarga juga sudah lengkap mengambil dua dos vaksin.

“Jangan mudah terpengaruh dengan golongan antivaksin sebagaimana saya tegaskan sebelum ini. Percayalah pakar perubatan kita yang bertauliah. Mereka yang menolak vaksin tanpa sebab yang sahih seolah-olah merelakan diri dijangkiti,” titah baginda di laman Facebook hari ini.  

Baginda Tuanku Sultan bertitah demikian sebagai mengulas laporan seramai 779 guru di Johor menolak untuk menerima vaksin Covid-19.

Semalam, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim dilaporkan akan bertemu dengan Pengarah Pendidikan Johor dan 779 guru yang menolak menerima vaksin Covid-19 bagi mencari penyelesaian isu itu.

Sultan Ibrahim bertitah, semua rakyat Johor menerima vaksin lengkap dengan segera supaya dapat kembali kepada kehidupan seperti sebelum ini.

“Saya berharap supaya semua rakyat Johor dapat suntikan vaksin dengan segera, supaya boleh kembali bekerja, berniaga dan menjalani kehidupan seperti biasa,” titah baginda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here