Guru kemuka tuntutan fitnah, ganti rugi RM1 juta kepada bekas pelajar

0
361

PETALING JAYA – Pelajar perempuan, Ain Husniza Saiful Nizam yang sebelum ini pernah tular dengan mendakwa guru sekolahnya membuat gurauan seksual mengenai jenayah rogol menerima surat saman berjumlah RM1 juta.

Ain Husniza melalui Twitternya berkata, surat tuntutan daripada guru sekolah lamanya itu mengarahkannya menjawab semua tuntutan pernyataan fitnah dalam tempoh tujuh hari.

Selain itu, surat tuntutan itu juga menuntut dia pelajar sekolah menengah itu membayar ganti rugi sehingga RM1 juta sebagai ganti rugi atas kenyataan yang dibuat Ain Husniza melalui media dan webinar.

“Hari ini Ain tiba-tiba terima surat tuntutan atas pernyataan-pernyataan fitnah, dalam surat ini saya diberi tujuh hari untuk semua tuntutan ini antaranya membayar RM1,000,000 dalam ganti rugi.

“Minta semua doakan urusan Ain dipermudahkan,” ciapnya petang tadi.

Sementara itu, bapa kepada pelajar berkenaan, Saiful Nizam Ab. Wahab mengesahkan menerima surat tuntutan daripada Tetuan Rasshidi Ema dan Yung.

Dia bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai surat tersebut.

“Kami tidak akan memberi komen setakat ini. Kami akan mendapatkan nasihat daripada peguam tentang hak kami dan tindakan selanjutnya.

“Notis tuntutan datang dari cikgu PJPK sekolah lama Ain Husniza,” ciapnya di Twitter petang tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here