Hampir separuh bekas pesakit Covid-19 masih alami masalah kesihatan

0
344
GAMBAR HIASAN

BEIJING – Hampir separuh daripada kira-kira 1,200 pesakit yang pulih daripada Covid-19 di Wuhan mengalami masalah kesihatan selepas didapati sembuh daripada pandemik itu

Menurut laporan portal South China Morning Post, dapatan itu telah diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet baru-baru ini.

Menurut para doktor yang terlibat dalam kajian itu, 20 peratus daripada pesakit yang telah pulih masih mengalami keletihan otot, 17 peratus mengalami masalah susah tidur, manakala 11 peratus lagi mengalami masalah keguguran rambut.

“Walaupun kebanyakan pesakit berjaya pulih sepenuhnya, sebahagian besat bekas pesakit masih mengalami masalah kesihatan.

“Kami turut mendapati, bekas pesakit kritikal adalah lebih cenderung untuk mengalami masalah kesihatan (apabila pulih),” kata salah seorang pengkaji yang terlibat, Cao Bin, daripada Pusat Perubatan Respiratori Kebangsaan di Hospital Persahabatan China-Jepun di Beijing.

Kajian itu dilaksanakan terhadap seramai 1,276 bekas pesakit Covid-19 yang telah didiscaj daripada Hospital Jinyintan di Wuhan antara Januari hingga Mei 2020.

“Kami turut mendapati, sebahagian pesakit mengambil masa lebih daripada setahun untuk pulih sepenuhnya, jadi kami merasakan perkara ini perlu diambil kira dalam merancang perkhidmatan kesihatan selepas pesakit pulih,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here