Hanya 0.03 peratus kematian libatkan penerima dos penuh vaksin

0
117
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA. – Analisis data klinikal angka kematian akibat Covid-19 dalam negara menunjukkan, sebanyak 0.03 peratus iaitu bersamaan dengan 4 kematian, melibatkan individu yang telah menerima dos penuh.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, sejak penularan pandemik dilaporkan di dalam negara, sebanyak 12,993 kematian telah direkodkan.

Sementara itu, kata Noor Hisham lagi, sebanyak 80 kematian iaitu bersamaan 0.6 peratus lagi, melibatkan individu yang hanya menerima satu dos suntikan vaksin.

Beliau berkata demikian dalam satu ciapan di akaun Twitter miliknya, sebentar tadi.

“Analisis audit data klinikal terbaharu kami menunjukkan, daripada 12,993 kematian yang direkodkan di dalam negara, 80 kes (0.6 peratus) melibatkan individu yang menerima satu dos vaksin, manakala 4 kes (0.03 peratus) melibatkan individu yang telah menerima dos penuh vaksin, ” kata ciapan tersebut.

Noor Hisham bagaimanapun, tidak menjelaskan lanjut mengenai tempoh masa mangsa dijangkiti, terutamanya dalam kalangan penerima yang telah menerima dos penuh, dan juga pecahan jenis vaksin yang diterima.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here