Hishammuddin teruja kembali ke Kementerian Pertahanan

0
140
TGambar FB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

CYBERJAYA- Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan pikul amanah sebagai Menteri Kanan Pertahanan sebaik mungkin.

Hishammuddin dalam hantaran di Facebooknya berkata, beliau menghargai kepercayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kepercayaan Ismail Sabri untuk saya kembali menerajui Kementerian Pertahanan Malaysia amat dihargai.

Sentiasa bangga dan berbesar hati untuk berkhidmat demi warga ATM yang sangat besar jasanya kepada negara.

“Insya-Allah, will do my utmost best. Saya akan pikul amanah ini sebaiknya,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Ismail Sabri dalam pengumuman barisan Kabinet baharu melantik Hishammuddin sebagai Menteri Kanan Pertahanan.

Barisan Menteri yang baharu dilantik ini akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Shah Billah pada Isnin ini di Istana Negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here