Idris akan teliti masalah Maahad Tahfiz dan sekolah pondok

0
90

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad

CYBERJAYA – Maahad tahfiz dan sekolah pondok yang berdepan cabaran untuk meneruskan operasi berikut masalah kewangan ekoran pandemik Covid-19 akan diteliti secara terperinci.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, beliau akan menyelesaikan isu yang dibangkitkan itu selepas memulakan tugas secara rasmi selepas angkat sumpah.

“Kita akan lihat dan selesaikan isu ini selepas secara rasmi memasuki kementerian,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today hari ini.

Menurut Idris, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu berbangkit dan telah bertindak lebih awal bagi menyelesaikan masalah yang berlaku.

“Setakat ini saya diberitahu proses nak selesai masalah berjalan dan ketua pengarah JAKIM juga telah beri kenyataan (semalam),” katanya.

Semalam, JAKIM memaklumkn, pihaknya sudah menyalurkan bantuan sebanyak RM60 juta kepada 1,066 institusi pendidikan Islam merangkumi 558 sekolah agama, 413 tahfiz dan 95 pondok yang terjejas berikutan pandemik Covid-19.

Ketua Pengarahnya, Abd Aziz Jusoh berkata, peruntukan RM21 juta bagi Bantuan Khas Impak Pandemik Covid-19 juga diagihkan kepada institusi pendidikan Islam swasta berdaftar bagi bantuan sara hidup kepada guru dan bantuan pengurusan operasi institusi berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here