India tamatkan kemarau pingat acara hoki

0
88
Penjaga gol India, Dilpreet Singh meraikan kejayaan pasukannya menagalahkan Jerman, sebentar tadi.

TOKYO – Pasukan India menamatkan kemarau selama 41 tahun dalam acara hoki temasya Olimpik dengan berjaya menggondol pingat gangsa setelah berjaya mengalahkan pasukan Jerman sebentar tadi.

Dalam perlawanan penentuan pingat gangsa di Stadium Hoki Oi sebentar tadi, India menang 5-4.

Kali terakhir India memenangi pingat daroipada acara ini adalah pingat emas pada tahun 1980 di temasya Olimpik Moscow.

Gol-gol India dijaringkan oleh Simranjeet Singh (min. 17,34), Hardik Singh (min. 27), Harmanpreet Singh (min. 29) dan Rupinder Pal Singh (min. 31).

Gole Jerman pula hadir menerusi Timur Oruz (min. 2), Niklas Wellen (min. 24), Benedikt Furk (min. 25) dan Lukas Windfeder (min. 48).

Perlawnan akhir di antara juara dunia, Belgium menentang Australia akan berlangsung pada pukul 7 malam (waktu tempatan) hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here