Individu lengkap vaksin dibenar solat di masjid dan surau

0
57
Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Kerajaan membenarkan orang ramai yang sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 untuk menunaikan solat di masjid dan surau di negeri semua fasa Pelan Pemulihan Negera (PPN).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kebenaran beribadat itu juga termasuk kepada penganut semua agama di negara ini dengan mematuhi syarat tempoh 14 hari bagi vaksin satu dos dan 28 hari bagi vaksin dos tunggal.

Kebenaran yang berkuatkuasa pada 10 Ogos ini itu diberikan kepada individu yang mengemukakan sijil digital vaksinasi Covid-19 kepada petugas rumah-rumah ibadat.

“Kerajaan bersetuju supaya aktiviti solat sahaja dibenarkan di masjid dan surau bagi jemaah yang telah menerima vaksinasi lengkap.

“Pelaksanaan kemudahan ini adalah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri dan Kementerian Perpaduan Negara bagi Rumah Ibadat Selain Islam.

“Kemudahan ini juga diberikan kepada penganut bukan Islam untuk menghadiri rumah-rumah ibadat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Khas (Kemudahan-Kemudahan Bagi Individu Yang Telah Menerima Vaksinasi Lengkap) secara maya hari ini.

Dalam perutusan itu, Muhyiddin mengumumkan pelbagai kelonggaran kepada individu yang telah melengkapkan vaksinasi dan melepasi kriteria ditetapkan.

Bagaimanapun beliau mahu supaya ketua masjid dan surau supaya menasihatkan para jemaah supaya tidak kekal lama di rumah ibadat itu sebaliknya terus pulang ke rumah selepas menunaikan solat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here