
LONDON – Ratusan individu di United Kingdom (UK) yang telah menerima dos penuh suntikan vaksin terpaksa dirawat di hospital akibat jangkitan Covid-19 varian Delta.
Kata al-Jazeera, berdasarkan data Kementerian Kesihatan (PHE) sejak 19 Julai, 55.1 peratus daripada 1,467 kes yang menerima rawwatan di hospital adalah terdiri daripada individu yang belum pernah menerima vaksin.
Kira-kira 34.9 peratus, iaitu 512 individu lagi, adalah mereka yang sudah meneriam dos penuh vaksin.
PHE dilaporkan turut memberi amaran bahawa berdasarkan dapatan awal, individu yang sudah menerima dos penuh berupaya menularkan varian Delta pada kadar yang sama dengan individu yang belum pernah menerima vaksin.
Untuk rekod, sebanyak 75 peratus daripada populasi dewasa UK telah menerima dos penuh vaksin Covid-19.
Program vaksinasi UK menggunakan vaksin daripada 3 pengeluar – AstraZeneca, Moderna dan Pfizer-BioNTech.