Interpool tak cari pun saya- Caprice

0
207
Semoga perselisihan faham melibatkan Ariz Ramli atau Caprice (kiri), Nadir Al-Nuri dan Ebit Liew menemui titik noktah tidak lama lagi.

PETALING JAYA – Penyanyi rap tempatan, Caprice hari ini mengesahkan telah dihubungi polis untuk diambil keterangan seperti dilaporkan media, kelmarin.

Kenyataan yang dibuat di laman Instagramnya hari ini bagaimanapun menafikan dakwaan media yang mengatakan polis Malaysia sedang mendapatkan bantuan polis antarabangsa (Interpol).

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata, dia telah dihubungi oleh pengawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju pagi semalam.

Katanya, setakat ini tiada kes jenayah dibuka terhadap dirinya.

“Pagi tadi IO (pegawai penyiasat) iaitu Inspektor dari IPD Wangsa Maju akhirnya hantar kiriman mesej dan buat panggilan melalui WhatsApp. Sebenarnya Interpol (Polis Antarabangsa) tak cari pun Caprice.

“Media ambil di luar konteks dan tajuk berita semua buat nampak macam ada kes luar biasa sampai orang komen macam kita ini hilang atau tengah lari.

“Alhamdulillah semua okey. Tiada kes jenayah pun yang dibuka. IPD Wangsa Maju hanya nak minta kenyataan Caprice,” tulisnya.

Jumaat lalu, media tempatan melaporkan polis memohon bantuan Interpol untuk mengesan penyanyi rap, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah dilaporkan berkata, kedua-dua individu tersebut dikesan untuk memberi keterangan berhubung laporan yang dibuat pendakwah terkenal, Ebit Lew di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 21 Julai lalu.

Caprice bagaimanapun mengakui, laporan media yang mengatakan polis Malaysia sedang mendapatkan bantuan Interpol untuk mengesan dirinya membuatkan dia risau.

“Apabila Caprice baca berita pasal Interpol, komen-komen dekat sosial media dan terima banyak panggilan dari KL yang risaukan saya, bende tu buat kita lagi risau dan fikir bukan2,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here