Ismail Sabri calon tunggal BN sebagai PM

0
26
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) memilih Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon tunggal sebagai Perdana Menteri.

Perkara itu disahkan oleh dua Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, iaitu Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Seri Azalina Othman Said kepada media yang berkampung di Menara Dato’ Onn pada Selasa.

Tajuddin berkata, BN sebulat suara mencalonkan individu yang mesra kepada semua parti.

“UMNO/ BN setuju menamakan calon, sudah tentu (calon mesra kepada semua parti), dah tentu (calon bekas menteri Kabinet lepas).

“Yes, (Datuk Seri) Ismail Sabri,” katanya memetik laporan Sinar Harian hari ini.

Ditanya tentang majoriti, Tajuddin berkata, pemilihan Ismail sebagai calon Perdana Menteri turut mendapat sokongan parti lain.

“Kita ada majoriti (111) dengan sokongan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas,” katanya.

Sementara itu, Azalina berkata, keputusan yang dicapai UMNO/ BN pada mesyuarat berkenaan membuktikan parti itu tidak berpecah meskipun dilihat bermasalah.

Beliau turut memaklumkan kesemua ahli Parlimen BN diberitahu bahawa calon yang dinamakan akan mempunyai sokongan bagi mendapatkan lebih daripada 111 majoriti.

“Sebagaimana yang ramai nyatakan, siapa pun yang menguruskan negara perlu memberi tumpuan kepada pandemik Covid-19 dan ini akan menjadi usaha bersama.

“Benar Ismail Sabri (diangkat sebagai calon PM) kerana secara teknikalnya beliau mendapat sokongan tertinggi selain daripada Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) dan Presiden Kelab Ahli Parlimen Backbenchers Barisan Nasional (BNBBC) (Datuk Seri Najib Razak) dan beliau juga pernah menjawat TPM dan dilihat mudah diterima dalam kalangan kami.

“Kita harapkan yang terbaik,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here