Ismail Sabri selesai angkat sumpah sebagai PM Malaysia ke-9

0
85
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia kesembilan

KUALA LUMPUR -Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan.

Naib Presiden UMNO itu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara sebentar tadi.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, pada pukul 2.30 petang.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

Pelantikan Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri kesembilan, dibuat selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau mendapat sokongan majoriti 114 ahli Dewan Rakyat berdasarkan surat akuan (SD) yang dihantar kepada Seri Paduka Baginda dan jumlah itu mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here