
KUALA LUMPUR- Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.
Kenderaan yang dinaiki calon Perdana Menteri itu dilihat keluar menerusi Pintu 2 Istana Negara pada pukul 3.10 petang.
Terdahlu Ahli Parlimen Bera itu dibawa ke Istana Negara dengan menaiki bas bersama beberapa Ahli Parlimen lain.
Ismail Sabri ketika ini merupakan calon yang telah mendapat 114 sokongan Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri baharu.