Ismail Sabri tiba di Istana Negara

0
33
Ismail Sabri tiba di Istana Negara

KUALA LUMPUR- Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Calon Perdana Menteri daripada Barisan Nasional (UMNO) itu tiba dengan menaiki bas pada pukul 1.18 petang bersama beberapa lagi Ahli Parlimen lain menerusi Pintu 2 Istana Negara.

Ahli Parlimen Bera itu juga sempat melambaikan tangan kepada petugas media yang menunggu di Pintu 2 Istana Negara itu.

Ketika ini, difahamkan Ismail Sabri sudah mendapat 114 sokongan sekali gus cukup majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here