Israel terbakar, pihak berkuasa berdepan kesukaran memadam api

0
525
Kepulan awan hitam di kawasan berhampiran masjid Al-Aqsa.

BAITULMAQDIS – Ribuan penduduk Israel di 6 kawasan penempatan haram Israel terpaksa dipindahkan ekoran kebakaran hutan yang semakin tidak terkawal.

Kebakaran melibatkan kawasan penempatan di Beit Meir, Sho’eva, Ksalon, Ramat Razeil dan Givat Ye’arim itu kini dilaporkan semakin menghampiri kawasan di sebelah barat Masjidil Aqsa.

Dalam gambar-gambar yang tular di media sosial semalam, kepulan asap hitam boleh dilihat dengan jelas melitupi kawasan pusat bandar.

Quds News Network melaporkan, pihak berkuasa negara haram Israel kini berdepan kesukaran memadamkan kebakaran ekoran tiupan angin panas yang memudahkan api merebak ke kawasan penempatan.

“Media Israel juga melaporkan sebanyak 13 pesawat pemadam api dan 70 jentera bomba dikerah untuk memadamkan kebakaran namun berdepan cabaran sukar ketika ini.

“Kebakaran yang merebak kira-kira 13 kilometer di barat bandar itu disifatkan antara yang terbesar sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” lapor portal itu.

Menurut laporan The Times of Israel, pihak bomba tempatan percaya bahawa kebakaran itu dicetuskan oleh manusia namun tidak dapat disahkan sama ada akibat kecuaian atau perbuatan khianat.

Ribuan terpaksa dipindahkan ekoran kebakaran yang berlaku di negara haram, Israel.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here