Istana Negara jadi tumpuan petugas media hari ini

0
57
Istana Negara

KUALA LUMPUR- Istana Negara kembali menjadi tumpuan petugas media pagi ini ekoran situasi ‘panas’ politik negara ketika ini.

Petugas media berkumpul seawal pukul 7 pagi di pintu masuk utama Istana Negara bagi melihat pergerakan masuk ke istana.

Sehingga kini tiada sebarang kemasukan kenderaan yang membawa mana-mana pemimpin parti politik ke bangunan Istana Negara.

Keadaan politik negara kembali ‘tegang’ semalam selepas UMNO mengumumkan untuk menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

Susulan itu, pemimpin politik termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam dilihat berkumpul di rumah Perdana Menteri.

Difahamkan, selepas empat jam di rumah Perdana Menteri semalam, Ismail Sabri ke Hotel Seri Pacific untuk mengadakan pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here