Istana Negara kembali jadi tumpuan

0
20

KUALA LUMPUR – Istana Negara kembali menjadi tumpuan hari ini apabila ketua-ketua parti politik negara dititahkan menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pertemuan yang dijangka bermula pada pukul 2 petang itu adalah bagi mendapatkan maklum balas mereka mengenai situasi politik semasa susulan perletakan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Difahamkan, antara perkara yang akan dibincangkan adalah keperluan melantik kerajaan campuran yang diketuai oleh seorang perdana menteri interim, dan mencadangkan nama calon yang sesuai.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada parti politik yang bakal tiba hari ini akan mempersembahkan bilangan Ahli Parlimen yang mencukupi bagi membentuk kerajaan.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai perdana menteri berikutan Pakatan Nasional (PN) sudah tidak lagi mempunyai majoriti di Parlimen.

YDPA kemudiannya melantik beliau kembali sebagai perdana menteri interim sehingga kerajaan baharu tertubuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here