Istana Negara sahkan PM persembahkan senarai Kabinet baharu kepada Agong

0
97
Gambar Facebook Istana Negara

CYBERJAYA- Istana Negara mengesahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mempersembahkan senarai anggota Kabinet baharu kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdulllah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Istana Negara dalam kenyataan di Facebooknya memaklumkan, pada sesi menghadap yang berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula pukul 11.00 pagi ini, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima persembahan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang hari ini.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong telah berkenan mengurniakan  santapan tengah hari kepada Perdana Menteri

“Pada sesi menghadap yang berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula pukul 11.00 pagi ini, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima persembahan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu dari Ismail Sabri susulan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-9 pada 21 Ogos 2021 lalu.

“Sesi menghadap hari ini merupakan yang kali kedua bagi Ismail Sabri selaku Perdana Menteri. Sesi menghadap yang pertama telah berlangsung selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia beliau sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pada 21 Ogos 2021 lalu,” kata Istana Negara.

Usai sesi menghadap kata kenyataan itu, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong telah berkenan mengurniakan  santapan tengah hari kepada Perdana Menteri di Istana Abdulaziz.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here