Isu vaksin: TMJ panggil Menteri Besar, Pengarah Kesihatan Negeri

0
67
Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Foto : FB HRH Crown Prince of Johor

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dan Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu untuk menghadap baginda hari ini.

Dalam hantaran yang dimuat naik di laman Facebook HRH Crown Prince of Johor malam tadi, baginda turut memanggil mengadap Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani.

Pertemuan itu dipercayai diadakan bagi membincangkan perkembangan semasa Covid-19 dan isu kekurangan bekalan vaksin di negeri itu.

“Saya juga akan berhubung dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (Abu Bakar) mengenai satu laporan yang saya terima mengenai kekurangan vaksin dan pembatalan janji temu untuk vaksinasi.

“Saya juga akan bangkitkan mengenai isu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Educity dan program vaksinasi untuk pekerja-pekerja kilang pada mesyuarat esok (Isnin),” titahnya.

Situasi semasa Covid-19 di Johor semakin meruncing sejak minggu lalu apabila menjadi negeri kedua tertinggi merekodkan kes harian tertinggi (semalam) dan jumlah kematian yang tinggi.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada awal bulan lalu menzahirkan kekecewaan atas kadar vaksinasi di negeri itu yang masih rendah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here