
TOKYO – Kuartert acara 4×100 meter lelaki Itali berjaya mengejutkan nama besar dalam acara pecut berganti-ganti apabila memenangi pingat emas yang pertama untuk negara itu.
Kuartert tersebut berjaya memecahkan rekod kebangsaan dengan catatan 37.50 saat (s).
Pingat perak pula dimenangi kuartert dari Great Britain yang mencatatkan masa 37.51s manakala Kanada berjaya meraih gangsa dengan catatan masa 37.70s.
Pada mulanya Great Britain dilihat hampir meraih pingat emas selepas pelari terakhirnya mendahului kesemua pelari dari negara lain.
Bagaimanapun, pelari terakhir Itali, Filippo Tortu berjaya memintas Nethaneel Mitchell-Blake di saat-saat akhir untuk Itali membawa balik pingat emas.
Jamaica yang sebelum ini merupakan juara bertahan hanya mampu berada di kedudukan keempat manakala China di tempat kelima.-MT