JDT sumbang duit kemenangan liga kepada tabung keluarga frontliners

0
159
Skuad JDT – facebook/Johor Southern Tigers

CYBERJAYA – Bagi menghargai sumbangan para petugas barisan hadapan, kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) akan mendermakan duit kejuaraan Liga Super musim ini kepada tabung keluarga mereka.

Sumbangan itu dizahirkan pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi satu paparan di laman Facebook milik Johor Southern Tiger, hari ini.

“Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mendedikasikan kejuaraan Liga Super Malaysia Kelapan ini kepada semua petugas barisan hadapan yang telah bekerja sepenuh hati ketika pandemik Covid-19.

“JDT juga akan mendermakan duit kejuaraan liga kepada tabung untuk keluarga-keluarga petugas barisan hadapan,” titah baginda dalam paparan itu.

Sumbangan ini boleh dianggap sebagai satu suntikan semangat buat semua petugas barisan hadapan yang bertarung nyawa melawan pandemik Covid-19.

Untuk rekod, JDT muncul juara Liga Super musim ini selepas menjinakkan skuad Pahang 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Kuantan, malam tadi.

Gol kemenangan dihadiahkan menerusi hatrik pemain sensasi kelahiran Brazil, Bergson Da Silva.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here