Jemaah menteri mula tiba di pejabat PM

0
30
Kenderaan yang membawa jemaah menteri mula tiba di Kompelks Bangunan Perdana Putra.

PUTRAJAYA – Kenderaan rasmi yang membawa jemaah menteri mula memasuki Kompleks Bangunan Perdana Putra sejak pukul 9.35 pagi.

Jemaah menteri hari ini dijadualkan menghadiri mesyuarat khas Kabinet yang akan di pengerusikan oleh Perdana Menteri pada pukul 10 pagi.

Terdahulu, Perdana Menteri tiba di pejabatnya hari ini pada pukul 8.07 pagi dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire dan diiringi polis pengiring.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri pula dilihat memasuki Kompleks Bangunan Perdana Putra pada pukul 10 pagi.

Media sebelum ini melaporkan Muhyiddin dijangka membuat satu pemakluman penting berkaitan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini.

Sementara itu, Muhyiddin juga dijangka mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang serta pegawai kanan kerajaan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here