JPM alu-alukan kedatangan Ismail Sabri

0
21
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan tugas secara rasmi hari ini

CYBERJAYA – Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob yang memulakan tugas sebagai pemimpin nombor satu negara secara rasmi hari ini.

JPM dalam satu kenyataan berkata, Ismail Sabri tiba di Bangunan Perdana Putra pada pukul 8.30 pagi tadi dengan disambut oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Rakon.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman; Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun; Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang.

Menurut kenyataan itu, Ismail Sabri kemudian diiringi pegawai-pegawai kanan kerajaan dibawa mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda bermulanya tugas beliau sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Sejurus selesai mengimbas kad perakam waktu, Ismail Sabri dibawa ke Pejabat Perdana Menteri untuk menandatangani buku selamat datang dan selamat bertugas.

Selepas hampir satu jam di pejabatnya, Ismail Sabri yang juga merupapakan Ahli Parlimen Bera itu keluar meningggalkan Bangunan Perdana putra untuk mengadakan lawatan rasmi pertama ke Kedah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here