Jualan Penghabisan Stok di Malakat Grocer Cyberjaya

0
77
Jualan Penghabisan Stok di Malakat Grocer di Malakat Mall Cyberjaya

CYBERJAYA – Malakat Grocer di Malakat Mall Cyberjaya menganjurkan Jualan Penghabisan Stok sempena Sambutan Merdeka sehingga 5 September ini.

Ketua Pegawai Operasi Malakat Grocer, Farah Hazwani Amir Hashim berkata, pelbagai barangan dijual sempena Jualan Penghabisan Stok itu sejak 28 Ogos lalu.

“Jualan Penghabisan Stok ini sebenarnya telah bermula sejak 28 Ogos lalu. Jika ikut perancangan asal, jualan ini akan berlangsung sehingga 1 September.

Pelbagai barangan dijual sempena Jualan Penghabisan Stok di Malakat Grocer Cyberjaya

“Namun, kerana sambutan yang amat baik kita lanjutkan sehingga 5 September. Pelbagai barangan yang dijual sempena promosi ini,” katanya.

Menurut Farah Hazwani, buat masa ini Jualan Penghabisan Stok itu hanya diadakan di Malakat Grocer di Malakat Mall Cyberjaya sahaja.

“Orang ramai boleh datang terus ke Malakat Grocer di Malakat Mall untuk memberi barang pada harga murah.

Pelanggan boleh datang secara terus ke Malakat Groxer Cyberjaya untuk membeli barangan diperlukan

“Kita juga sebenarnya amat mengalu-alukan kepada pemilik kedai runcit untuk datang membeli secara borong di Jualan Penghabisan Stok ini.

“Jualan ini adalah peluang untuk peruncit mendapatkan barangan jualan mereka. Antara baranganya seperti pes masakan, minuman, makanan ringan, beras dan banyak lagi,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here