Jumlah vaksin Covid-19 capai 21.2 juta dos

0
26

CYBERJAYA – Jumlah pemberian vaksin Covid-19 di dalam negara kini berjumlah 21.2 juta dos melibatkan 14.247 juta dos pertama dan 6.952 juta dos kedua.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba berkata, sebanyak 60.9 peratus penduduk dewasa di Malaysia telah menerima dos pertama dan 29.7 peratus sudah lengkap menerima kedua-dua dos.

“Hampir semua negeri kini merekodkan lebih 40 peratus penduduk dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Adham Baba berkata, Lembah Kelang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan jumlah vaksinasi dos pertama tertinggi iaitu 96.7 peratus, diikuti Labuan (91.5 peratus), Sarawak (84.6 peratus), Negeri Sembilan (72.5 peratus), Perlis (62.2 peratus) dan Pulau Pinang (56.2 peratus).

Melaka (49.4 peratus), Terengganu (42.8 peratus) dan Pahang (42.4 peratus).

Sementara Labuan mencatatkan bilangan dewasa tertinggi lengkap menerima kedua-dua dos iaitu 81.5 peratus, Sarawak (55.7 peratus), Perlis (42.7 peratus), Lembah Kelang (37.5 peratus) dan Negeri Sembilan (37.4 peratus).

Sejumlah 480,122 dos diberikan semalam melibatkan 298,236 dos pertama dan 181,886 dos kedua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here